Tuesday, September 13, 2011

5 wasiat

5 Wasiat Dari Allah s.w.t Kepada Rasulullah s.a.w

Dari Nabi S.A.W., "Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah S.W.T telah memberikan lima wasiat, antaranya:

1. Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau
2. Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.
3. Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga
4. Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.
5. Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail.

Monday, September 5, 2011

Salam Lebaran!!

Assalamualaikum wbt..
Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua ahli keluarga, saudara mara, sahabat handai dan rakan taulan.
MAAF ZAHIR & BATIN

ikhlas daripada,
NIK SYUHARUL APIZO

Tuesday, May 3, 2011

R.E.M.A.J.A

R - Radikal
E - Emosional
M - Manja & Mengada-ngada
A - Aktif
J - Jaguh
A - Agresif

Ada Apa Dengan Cinta?

C - CERIA
I - INDAH
N - NIKMAT
T - TEKUN
A - ASYIK

Doa Kesejahteraan Keluarga

Salam kepada semua pembaca.

Ini doa untuk kesejahteraan keluarga. Boleh juga diamalkan untuk meningkatkan kesabaran dalam diri bagi menghadapi liku-liku dalam rumahtangga.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا وَرَابِطُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
(Surah Al-Imran : 200)

Maksudnya: Hai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah, supaya kamu berjaya.

p/s: maaf.saya cuba besarkan tulisan doa tersebut namun x berjaya. Para pembaca boleh zoom la ek.

Doa Pelembut Hati (untuk suami isteri/anak)

اللَّهُمَّ لَيِّنْ لِيْ قَلْبَهُ كَمَا لَيَّنْتَ لِدَاوُدَ الْحَدِيْدَ

Maksudnya: Ya Allah, Lembutkanlah bagiku hatinya sebagaimana Engkau
melembutkan besi bagi Nabi Daud.

Doa untuk Kejayaan / Penerang hati

رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا
(Surah Al-Kahfi:ayat 10)

Maksudnya: Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisi-Mu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami.