Showing posts with label naSihat dan peSanan. Show all posts
Showing posts with label naSihat dan peSanan. Show all posts

Tuesday, February 2, 2010

Hakikat sebuah kehidupan

Hakikat Kehidupan

Adalah seorang hamba Allah ni , dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang ia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi.jeng!jeng! jeng!...bunyi ....aauuummmmm!!!!!.... bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja. Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni.
Sebab dia dah lapar sangat ni.
Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang.
Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi. dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi.
Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi.Di mulut perigi harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri. sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. tengah dok berfikir camner nak selamat tetiba dengar bunyi
kocakkan air di bawah perigi.

Aaaaa!!!!...Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? ada 2 ekor buaya yg
kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga.lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau
bawah ada buaya. Semakin risau dan takut.

Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah
perigi. naik ke atas ikut tali yg hamba allah tu bergayut. sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh....cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam.naik mengikut tali tadi, cit!cit!cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu.Cis,lagi
satu .

Macam mana aku nak buat ni.... habislah jadi mangsa buaya . Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih...Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan
dirinya, tetiba .... terdengar satu bunyi....uuuuuuuuuuuuu...bunyi lebah bawa madu. Si hamba Allah ni pun mengdongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si Hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata. Hamba
Allah tu kata, " Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya.Subhanallah sungguh sedap ni." Kerana setitk madu si hamba Allah tu lupa pada.Harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah.

Kalau semua nak tahu , si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau yg mengejar tu adlah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti.


Tali yg tempat si hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita. tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yg sentiasa menghakis umur kita.Kan tikus tu gigit tali tu.

Madu..., madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya,dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah memang sentiasa ingat.
Wallahua'lam...

Monday, February 1, 2010

Air mata taubat Nabi Adam as

Tahukah saudara/saudari sekelian, semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun.

Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit keranan terlampau malu kepada Allah s.w.t. Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di Jurang Serantip.

Dari air mata Nabi Adam itu, Allah timbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung yang telah meminum air mata Nabi Adam itu berkata, “Sedap sungguh air ini.” Nabi Adam terdengar kata-kata burung itu tadi. Beliau menyangka burung itu mengejeknya kerana perbuatannya itu. Ini membuatkan lagi beliau menangis dengan kuatnya.

Ahkirnya Allah s.w.t. telah menurunkan wahyu yang bermaksud, “Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu.”

Jadi pengajaran yang boleh diambil dari kisah ini ialah, Allah menyuruh kita bertaubat selalu sesungguhnya air mata taubat itu adalah lebih sedap dan hebat daripada air yang diciptakan oleh Allahs.w.t.

Friday, December 11, 2009

5 waSiat dari ALLAH

Dari Nabi S.A.W., "Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah S.W.T telah memberikan lima wasiat, antaranya :
+ Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.
+ Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.
+ Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.
+ Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.
+ Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail.

10 pesanan kpd Nabi Musa

Abul-Laits Assamarqandi meriwayatkan kepada sanadnya dari Jabir bin Abdillah r.a. berkata Rasulullah S.A.W bersabda : "Allah S.W.T. telah memberikan kepada Nabi Musa bin Imran a.s. dalam alwaah 10 bab :
1. Wahai Musa jangan menyekutukan aku dengan suatu apa pun bahawa aku telah memutuskan bahawa api neraka akan menyambar muka orang-orang musyrikin.
2. Taatlah kepada-Ku dan kedua orang tuamu nescaya Aku peliharamu dari sebarang bahaya dan akan Aku lanjutkan umurmu dan Aku hidupkan kamu dengan penghidupan yang baik.
3. Jangan sekali-kali membunuh jiwa yang Aku haramkan kecuali dengan hak nescaya akan menjadi sempit bagimu dunia yang luas dan langit dengan semua penjurunya dan akan kembali engkau dengan murka-Ku ke dalam api neraka.
4. Jangan sekali-kali sumpah dengan nama-Ku dalam dusta atau durhaka sebab Aku tidak akan membersihkan orang yang tidak mensucikan Aku dan tidak mengagung-agungkan nama-Ku.
5. Jangan hasad dengki dan irihati terhadap apa yang Aku berikan kepada orang-orang, sebab penghasut itu musuh nikmat-Ku, menolak kehendak-Ku, membenci kepada pembahagian yang Aku berikan kepada hamba-hamba-Ku dan sesiapa yang tidak meninggalkan perbuatan tersebut, maka bukan daripada-Ku.
6. Jangan menjadi saksi terhadap apa yang tidak engkau ketahui dengan benar-benar dan engkau ingati dengan akalmu dan perasaanmu sebab Aku menuntut saksi-saksi itu dengan teliti atas persaksian mereka.
7. Jangan mencuri dan jangan berzina isteri jiran tetanggamu sebab nescaya Aku tutup wajah-Ku daripadamu dan Aku tutup pintu-pintu langit daripadanya.
8. Jangan menyembelih korban untuk selain dari-Ku sebab Aku tidak menerima korban kecuali yang disebut nama-Ku dan ikhlas untuk-Ku.
9. Cintailah terhadap sesama manusia sebagaimana yang engkau suka terhadap dirimu sendiri.
10. Jadikan hari Sabtu itu hari untuk beribadat kepada-Ku dan hiburkan anak keluargamu. Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda lagi : "Sesungguhnya Allah S.W.T menjadikan hari Sabtu itu hari raya untuk Nabi Musa a.s. dan Allah S.W.T memilih hari Juma'at sebagai hari raya untukku."