Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Friday, January 29, 2010

TIPS PENGURUSAN MARAH

Cara yang terbaik untuk meredakan kemarahan adalah dengan mengambil wudhu' setiap kali perasaan itu datang. Di samping membaca ayatul Qursi, zikrullah, istighfar serta sentiasa mengingatkan diri bahawa kemarahan itu adalah dari api dan api itu adalah asal kejadian syaitan. Kita harus menutup pintu kemarahan kerana apabila kita marah syaitan akan berpesta dan itulah cara mudah untuk dia mempengaruhi kita. Bermakna orang yang sedang marah adalah dikuasai oleh syaitan. Bagi memadamkannya ia perlukan air. Air wudhu'lah yang harus kita gunakan bagi membanteras sikap mazmumah di dalam diri kita.

Salah satu cara lagi ialah dengan membisikkan kepada diri sendiri dan katakan mengapa aku mesti marah ? Apa untungnya aku marah ?

Orang yang marah sebenarnya mempamerkan kebodohannya. , jadi mulai hari ini, tanamkan sikap untukmenahan rasa marah dan cuba senyum dengan senyuman paling manis biarpun hati sedang mendidih dengan kemarahan.

Cubalah berjenaka dan anggap masalah itu cuma hiburan. Jangan begitu serius semasa bekerja(terlampau memikirkan kerja sehingga sukar memahami orang lain) kerana ini akan menyebabkan anda sering tertekan.. Dengan itu sikap yang sebegitu keras akan menekankan perasaan orang. Sekaligus menjauhkan orang lain dari kita dan itu akan mengundang tekanan dalam diri. Kurangkan aktiviti yang menekan minda, carilah perbualan yang positif dan jangan cuba berbual perkara yang negatif seperti mengumpat orang, menyebarkan fitnah dan lain-lain. Ini kerana berita-berita kosong akan menyakitkan minda dan jiwa seterusnya akan meletuskan rasa amarah yang teramat..

Kalau rasa tertekan dengan kerja, cubalah bertenang, rehatkan minda seketika dan cuba buat sesuatu contohnya melukis, menulis dan lain-lain tapi jangan pula ambil kesempatan sehingga mengabaikan tugas kita yang sebenarnya.

PETUA MENCUCI HATI

Assalamualaikum

Disisni ada perkongsian ilmu berkaitan petua mencuci hati...Moga dapat membantu anda semua

1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6) Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

7) Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat,aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya -CUBALAH!!

8) Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)

10) Kekalkan wuduk

11) Bersedekah

12) Belanja orang makan.

13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat

14) Berkawan dengan ulama

15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)

16) Pesan pada orang, jadi baik

17) Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat

Wednesday, January 27, 2010

Petua Guru dan Ibu Cemerlang

1.Mendidik mestilah dengan aqidah.
- Kenalkan anak-anak kepada Allah sejak anak mereka kecil lagi.
- Tanamkan rasa sayang pada Allah.
- Tanamkan rasa syukur diatas nikmat Allah.
- Tanamkan sifat taqwa kepada Allah. Sering ceritakan kisah-kisah Nabi dan sahabat untuk dijadikan contoh tauladan kepada anak.

2.Mendidik mestilah dengan hati yang ikhlas.
- Penuh naluri keibuan dan jiwa pendidik.
- Marah, tegas, manjakan anak mestilah atas sebab nak didik mereka.
- Tunjukkan sikap peka, prihatin pada anak/murid.

3.Mendidik mesti ada matlamat.
- Kemana hendak diarahkan anak-anak kita/ murid.
- Budaya apa hendak diterapkan dalam keluarga/sekolah
- Sistem apa nak dipakai dalam keiuarga/sekolah

4.Mendidik mesti senada dan seirama.
- Ibu dan guru mesti sama arahan dan amalannya.
- Kalau guru suruh menutup aurat, ibu pun kata begitu.
- Kalau ibu kata maghrib tak boleh tengok t.v, guru pun di rumahnya maghrib tak buka t.v. Murid tak tahu, tapi Allah tahu.

5.Mendidik mesti dengan akhlak dan contoh.
- Nak suruh anak solat, ibu/guru mesti solat
- Nak suruh anak bercakap sopan, ibu/guru mesti bercakap sopan dulu, bukan asyik menengking, menjerit tak tentu pasal.
- Nak suruh anak baca buku, ibu/guru mesti tunjukkan yang kita pun suka baca buku. Baca bersama mereka.
- Suruh/ cakap serupa bikin.

6.Mendidik mesti dengan sabar.
- Sabar dengan karenah mereka.
- Sabar dengan kemampuan mereka, tidak terlalu meletakkan harapan yang tinggi tapi sebenarnya anak belum mampu.
- Sabar dalam memberi tunjuk ajar bukan beranggapan mereka tahu semua.

7.Mendidik mesti disiplin.
- Disiplinkan anak waktu belajar, bermain dan berehat.
- Budayakan meminta izin sebelum keluar kemana-mana supaya mereka tidak bebas keluar sesuka hati , balik pukul berapa, dengan siapa, ibubapa perlu ambil peduli.
- Sentiasa ingatkan mereka agar memilih kawan yang baik, kenali kawan mereka.
- Periksa kerja sekolah anak, berhubung dengan guru mengenai perkembangan anak di sekolah.
- Hadir program yang diatur oleh sekolah.

8.Mendidik mesti dengan cara yang betul
- Dapatkan maklumat untuk didik anak sewaktu mereka kecil.
- Kaedah mendidik anak remaja sangat berbeza dengan cara mendidik anak yang kecil.
- Rajin hadirkan diri ke kursus atau majlis-majlis ilmu mengenai pendidikan.
- Rajin membaca buku-buku cara mendidik anak yang dijual dipasaran supaya kita menjadi ibu/guru yang bermaklumat.
- Sumber rezeki mestilah dari sumber yang halal.
- Tidak berhutang dengan pihak sekolah/tadika agar ilmu yang diajar berkat.

9.Mendidik mesti dengan doa.
- Sentiasa doakan agar anak/ murid terang hati mereka untuk menerima pelajaran.
- Doakan kejayaan anak/murid.> Doakan kesejahteraan semua, ibubapa doakan guru, guru doakan ibubapa.
- Yakin dengan apa yang didoakan akan dimakbulkan Allah.

* dipetik dari http://anakkusayangku.wordpress.com

10 tips mendidik anak

CENDEKIAWAN pendidik Islam di Mesir, Dr Abdullah Nasih Ulwan mengatakan bahawa kecemerlangan anak adalah satu natijah daripada amalan dan pengalaman yang mereka lalui. Perkara itu akan tersemat dalam jiwa serta hati sanubari anak sejakkecil, terutama pada peringkat awal iaitu di bawah enam tahun.Begitu besar kesan tarbiah atau pendidikan anak sejak kecil. Ia antara faktor penentu kejayaan anak pada masa depan. `Izzah iaitu yakin kendiri (self-esteem) adalah rasa hormat diri,yakin dan percaya bahawa diri dihargai. Ia adalah asas penting untukmembina sahsiah anak sejak kecil. Kajian mendapati bahawa anak-anakyang mempunyai masalah `izzah akan lebih mudah terbabit dengan salahlaku, gejala sosial dan penagihan dadah.Ibu bapa, pengasuh dan guru, mesti peka terhadap perkara itu danberusaha untuk menggalakkan pembinaan `izzah anak.

Berikut adalah 10 tips penting yang perlu disemai dalam diri anak untuk mencapai tujuan itu.

Tip 1 : Melahirkan hubungan kasih sayang, rapat dan berasa selamat sejak bayi dilahirkan.
Rangsangan peringkat awal ini penting dan tidak dapat diambil aliholeh rangsangan daripada barang atau benda. Sekiranya kanak-kanakberasa diketepikan dan tidak diterima, ia sukar untuk membina keyakinan dan mempelajari sesuatu.Kasih sayang yang diberikan mesti tanpa syarat iaitu tanpa mengambil kira rupa paras dan kebolehan mereka. Kita harus berlaku adil kepadaanak. Sikap pilih kasih boleh membunuh rasa hormat diri anak-anak.Mereka akan berasa rendah diri dan terlalu sensitif.Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Samakanlah pemberian antara anakseperti kamu sekalian senang apabila mereka adil dalam berbakti yangsamakepada kamu sekalian (ibu bapa).” (Hadis riwayat Muslim)

Tip 2 : Fahami dunia dan emosi anak dengan menggalakkan mereka meluahkan perasaan dan berkongsi masalah.
Mengenakan butang baju mungkin masalah besar kepada anak berumur tiga tahun. Apabila memberikan perhatian dan menggalakkan merekamenyelesaikan masalah, anak akan berasa lebih yakin diri.

Tip 3 : Niat perlu jelas dan tanpa ego apabila membetulkan kesilapan anak.
Kita hendaklah membetulkan `perbuatan’ salah laku mereka, bukan dirimereka. Apabila mereka menconteng buku, jelaskan bahawa perbuatan ituakan merosakkan buku. Elak memarahi dengan mengatakan mereka nakal.Dengan cara ini, anak akan belajar kenapa sesuatu perbuatan itu tidak boleh dilakukan dan tidak tersalah anggap bahawa diri mereka tidak disukai.

Tip 4 : Tetapkan peraturan dan terangkan sebab peraturan itu diberikan kepadanya.
Kanak-kanak belajar daripada pengulangan. Jangan rasa marah dan letihuntuk mengulangi peraturan yang sama saban hari kerana inilah caramereka belajar mengingati sesuatu.Dalam menetapkan peraturan juga, kita mestilah konsisten dan tidakselalu menukar peraturan, terutama pada kanak-kanak yang masih kecil.Mereka mungkin tidak akan belajar cara membuang sampah yang betulsekiranya bakul sampah sering bertukar tempat.

Tip 5 : Galakkan anak membuat pilihan sendiri.
Elakkan memaksa anak menerima saja keputusan yang dibuat. Bagikanak-kanak kecil, berikan dua atau tiga pilihan untuk memudahkanmereka memilih. Ia seperti memilih untuk memakai baju hijau atau biru dan makan nasi atau mi.

Tip 6 : Membina pengalaman baru dalam diri anak.
Beri sokongan kepada mereka apabila mengambil risiko positif seperti belajar menunggang basikal. Kegiatan ini walaupun berisiko, namun jikaanak tidak mencuba, kejayaan tidak akan dicipta dalam diri mereka.Ibu bapa dan guru perlu mencari keseimbangan antara melindungi anakdan membiarkan anak memperoleh kemahiran baru dalam hidup mereka.Kita mesti bersabar daripada terlalu membantu anak. Biarkan merekamencuba sendiri dan belajar daripada kesilapan.Tidak semua kesilapan akan membunuh keyakinan diri, sebaliknya memupuksifat lebih berhati-hati. Anak yang tergelincir di tempat licinmungkin akan lebih berhati-hati apabila berjalan. Kadang-kadang merekasememangnya perlu belajar daripada kesilapan.Mereka mungkin berkeras untuk melakukan sesuatu yang tidak sesuaiseperti memakai baju tangan panjang pada cuaca panas. Biarkan merekamelakukan kesilapan. Bawa baju yang lain untuk ditukar apabila merekamerungut kepanasan. Kita tidak perlu memarahi lagi kerana sebenarnyamereka telah menyedari kesilapan dan akibat daripada kedegilan mereka.

Tip 7 : Meminta maaf sekiranya ibu bapa melakukan kesilapan.
Anak akan belajar bahawa melakukan kesalahan secara tidak sengaja adalah tidak mengapa. Apa yang perlu dilakukan adalah meminta maaf danbelajar daripada kesalahan yang dilakukan.

Tip 8 : Berilah pujian dan kata-kata galakan positif apabila anak berusaha melakukan sesuatu.
Perkara itu perlu dilakukan selalu dan segera untuk memberikan kesan.Contohnya, beri pujian pada anak yang mencuba untuk menyuap makanansendiri walaupun tumpah dan comot. Dengan cara ini mereka akan lebihbersemangat dan tekun mencuba melakukan atau mempelajari sesuatu.Berbeza pula dengan memberi ganjaran apabila anak melakukan yangterbaik. Hal ini akan memberi tekanan kepada mereka untuk melakukanhanya yang terbaik.Elakkan juga daripada hanya menegur anak apabila melakukan kesilapan.Perkara ini boleh menyebabkan mereka tidak dapat membezakan yang baikdan buruk.

Tip 9 : Menggalakkan anak melakukan kerja dan kreatif mengikut kemampuan mereka.
Dalam hal ini kita terlebih dulu mesti sentiasa melakukan sendiri kerja di depan anak. Contohnya, jika anak menyepahkan mainannya, kita harus memimpin tangan anak, melutut pada lantai melakukan permainan menyimpan mainan sambil berkata “sekarang masanya untuk menyimpanmainan kamu.”Galakkan anak berkreatif secara bebas. Jangan mengongkong anak dengan satu cara melakukan sesuatu. Contohnya, meminta anak melukis rumahmengikut bentuk yang biasa kita lukis. Semua kegiatan seni danestetika baik untuk meningkatkan keyakinan mereka. Hargai hasil kerja anak dengan mempamer atau merakam aksi mereka.

Tip 10 : Menggunakan disiplin secara positif.
Kanak-kanak akan berasa lebih selamat dan yakin sekiranya kehidupanseharian mereka berdisiplin. Masa untuk kegiatan harian mestilah tetapdan tidak selalu diubah. Contohnya, masa makan dan belajar. Anak akanrasa lebih yakin, berdisiplin dan terdidik.Islam juga mendidik untuk mempunyai disiplin diri tinggi seperti solatdan puasa.Mengasuh dan mendidik anak adalah amanah Allah yang memerlukankomitmen tinggi dan berpanjangan. Apapun ia sememangnya sesuatu yangmenyeronokkan sekiranya kita mempunyai ilmu untuk melakukannya.Perkongsian pengalaman dan ilmu keibubapaan sangat praktikal danberharga. Ia mestilah sentiasa dipupuk dalam masyarakat supaya kitadapat membina anak yang lebih bersedia untuk menjadi khalifah Allah dibumi ini.

* dipetik dari http://anakkusayangku.wordpress.com