Tuesday, February 2, 2010

Kenangan sebuah perjuangan yang suci


Assalamualaikum

Kenangan ini amat menggembirakanku..keluargaku amat menantikan saat ini dan aku teramat bersyukur kehadrat ilahi kerana impian ku dan keluarga selama ini tercapai.. Waktu itu macam-macam perasaan timbul..sedih,gembira,sayu,gementar dan dah tak terkata di hati ni..ramai rakan-rakanku kagum dengan apa yang telah aku capai selama ni..mereka tahu apa yang telah ku capai tidak semudah yang orang fikirkan..ku tempuhi ranjau-ranjau yang penuh berliku sebelum sampai ke tahap ni..air mata usah dikatalah...walaupun aku tidak tunjuk pada mereka..rakan-rakan ramai yang tahu aku ni jenis yang macamana..sebab tu diwaktu kampus dulu aku antara mahasiswa yang paling awal di ofer kerja, mereka tidak sedikitpun terkejut malah mereka sudah menjangka apa yang bakal aku kecapi...entah la pada tahun akhir pengajian aku di kampus,aku antara insan yang paling ramai pengikutnya berbanding sewaktu aku jadi calon pilihanraya kampus dulu...waktu tu ramai rakan-rakanku takut untuk bersamaku..hanya insan2 bergelar pejuang mahasiswa yang sejati sahaja yang sudi berkawan denganku...apa-apapun aku amat bersyukur diberi pengalaman yang amat bermakna dalam hidupku menjadi pemimpin yang sampai sekarang pensyarah-pensyarah dan anak-anak buah menjadikanku sebagai warisan kampus yang sukar untuk dicari ganti...setiap kali aku ke Universiti Malaya tidak lekang pada bibir pensyarah-pensyarahku tentang telatahku di kampus yang sukar diikuti oleh adik-adik selepasku..mereka berharap sangat mereka boleh melahirkan generasi mahasiswa sepertiku tapi apakan daya mereka ini sukar untuk mengenali sebuah perjuangan yang sejati yang kadang-kadang pada peringkat permulaannya sangat pedih dan perit dirasainya tetapi pada akhirnya kemanisan itu jua akan dikecapi..masa dan ketika yang akan menentukan..Kenanganku bersama rakan-rakan yang ku kasihi sukar untuk ku lupakan walaupun aku dikira orang yang tersangat sibuk dengan bidang kerjaya yang diceburi sekarang..mereka sering berhubung denganku untuk mendapat tunjuk ajarku dalam perbagai bidang sama ada kepimpinan,program,ilmu-ilmu kaunseling dan macam-macam lagilah.Bagi ku semua itu bukan menunjukkan aku perlu dihormati tetapi hasil sifat rendah diri yang dari kampus aku suburkan dan akhirnya sampai sekarang mereka tidak malu dan segan untuk berkongsi dan mendapatkan maklumat dariku..Ku berharap sangat sifat-sifat terpuji RasulALLAH yang aku pegang demi perjuangan bangsa ini aku mampu kekalkan dan berharap ia akan terus subur dalam jiwaku sampai akhir hayatku..kadang-kadang terfikir jauh sangat lagi apa yang aku ada berbanding apa yang RasulALLAH ada..kadang-kadang aku menangis memeikirkan terlalu byk yang RasulAllah berkorban untyuk umatnya tapi sedikitpun kita tidak pernah menghargainya... Akhlak RasulAllah sangat indah dan tersangat ku kamgumi..walaupun untuk ku menguasainya secara sepenuhnya agak sukar tetapi aku akan terus berjuang untuk mengamal akhlaknya dan sunnahnya walau sedikit..ku tahu apa yang aku perjuangkan ini mendapat terlalu byk syafaat darinya...AKU TERAMAT-AMAT BERSYUKUR dengan nimat yang telah ALLAH kurniakan buatku..YA ALLAH JAGAKU SEKELUARGA DENGAN NAUNGAN RAHMATMU,KEBERKATANMU,KEREDHOAANMU AGAR AKU SEKELUARGA DAPAT KUKUH MENJAGA MU DAN MENGAMAL SUNNAH RASULLMU NABI MUHAMMAD S.A.W.JAUHKANKAN DARIKU SEKELUARGA DARI SETIAP PERKARA YANG MEMBAWA KEPADA KEMURKAANMU WALAUPUN SEDIKIT.KU TERAMAT BERSYUKUR DENGAN NIKMAT ISLAM DAN IMAN YANG TELAH DIKURNIAKAN KEPADAKU DAN KU TERSANGAT-SANGAT BERHARAP AGAR KU DAPAT MENJAGANYA SEHINGGA KU SEKELUARGA MENGHEMBUSKAN NAFAS YANG TERAKHIR.AKU BERSAKSI BAHAWA TIADA TUHAN YANG DISEMBAH MELAINKAN ALLAH DAN AKU BERSAKSI NABI MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH.

1 comment:

  1. Salam...moga terus thabat dalam perjuangan

    ReplyDelete