Monday, May 17, 2010

Buku RAHSIA PELAJAR SUPER!!

Assalamualaikum wbt
Apa khabar semua pembaca?? Harapnya semua sihat dan bersemangat waja dlm meneruskan kehidupan..sebenarnya kehidupan saya semakin sibuk dengan pelbagai program dan jemputan daripada pelbagai organisasi..mungkin jua ia rezeki buat anak..benarlah janji Allah bahawa setiap anak Adam yg lahir di atas muka bumi ini, pasti ada rezeki yg telah dijanjikan untuknya..
Alhamdulillah buku pertama saya, Rahsia Pelajar Super hampir habis dijual dalam tempoh tiga bulan..Insya Allah cetakan kedua bakal menyusul tidak lama lagi.. terima kasih kepada semua pembeli..Saya harap agar ilmu yg ada dalam buku tersebut dapat dimanfaatkan dan dihayati oleh semua. kepada sesiapa yg masih belum dapatkan buku ini, bolehlah hubungi saya atau rakan penulis yg lain..
Insya Allah, kalau ada rezeki buku kedua pula akan muncul..ia masih dalam peringkat draf kasar..Doakan saya agar dapat menyiapkan buku tersebut.
ok, akhir kata mari kita sama-sama hayati kata-kata Saidina Ali bin Abi Talib:
" Ilmu akan menjaga kita sedangkan harta kita yang perlu menjaganya"

No comments:

Post a Comment