Wednesday, December 29, 2010

Azam baru

Assalamualaikum kepada semua pembaca..
Setelah sekian lama tidak menjengah blog ini, tiba-tiba hati terjentik untuk menulis sesuatu di blog sebelum tahun 2010 melabuhkan tirainya.
Tahun baru selalu dikaitkan dengan pelbagai benda baru termasuklah azam baru. Apa azam anda untuk tahun 2011? Pastinya semua insan ingin melakukan perubahan dan penghijrahan dari perkara buruk kepada yang lebih baik.
Apa pun azam anda pastikan anda melakukan usaha untuk mencapai azam tersebut. Jangan hanya biarkan ia menjadi azam..bak kata pepatah hangat-hangat tahi ayam.
Akhir kata,biarkan kesedihan semalam berakhir, jelmakan keceriaan untuk hari esok agar diri kita tidak hanyut dibuai igauan silam...

No comments:

Post a Comment