Monday, January 17, 2011

2011..tahun menuju gemilang!!

Assalamualaikum buat semua pembaca!!
alhamdulillah masih dikurniakan nikmat Iman dan Islam yang tidak ternilai harganya..juga nikmat kesihatan yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit..
Syukur sangat2 atas segala kurniaanNYA..
Tahun 2011 sudah menjengah tiba..kejayaaan lalu tika tahun 2010 pastinya ingin diulangi..kegagalan silam seboleh mungkin disergah pergi.. Apa yang penting, sama-sama kita tingkatkan azam dan tekad untuk memperbaiki diri serta menongkah arus perjuangan 2011 sebagai khalifah yang salih dan musleh..
Alhamdulillah, dengan sokongan kalian semua buku RAHSIA PELAJAR SUPER cetakan kedua hampir habis terjual..kini ia hanya tinggal beberapa naskhah sahaja lagi dan cetakan ketiga telah pun diproses bagi memenuhi permintaan ramai.. TERIMA KASIH TIDAK TERHINGGA SAYA UCAPKAN KEPADA SEMUA terutama para pelajar yang menjadikan buku tersebut sebagai panduan dan rujukan untuk menjadi SUPER!!
Insya Allah, buku kedua saya bakal menyusul di pasaran pada tahun 2011 ini.. semoga segalanya berjalan lancar..sokongan anda semua amat diharapkan. Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan buku RAHSIA PELAJAR SUPER ((RSP) bolehlah menghubungi saya..
Kepada anda semua, tidak kira siapa anda dan di mana anda berada, anda sebenarnya mampu berjaya jika anda tahu apa yang anda MAHU!! selamat berjuang!! =)

No comments:

Post a Comment