Monday, February 8, 2010

ISTIMEWA BUAT AYAH KESAYANGANKU.....



Assalamualaikum

Kali ini sukar untuk aku meluahkan kata2 hati..rasa sedih sangat2 mengenang arwah ayah kesayanganku... Ku teringat sangat pada Allahyarham ayah... tersangat besar jasanya buatku sehingga sampai akhir hayatpun aku tak akan mampu melupakannya...semoga luahan hati ini memberi kesan kepada arwah ayahku. moga2 arwah dipermudahkan hidup di alam berzakh sana...aku akan sentiasa mendoakan arwah ayah kesayanganku ini sampai aku juga kembali ke pangkuan Ilahi...
YA ALLAH ENGKAU JAGALAH AYAH KESAYANGANKU INI DGN SEBAIK2 JAGAAN, AYAHKU BANYAK MENDIDIKKU SEHINGGA PADA KETIKA INI AKU MAMPU BERJUANG MENEGAKKAN AGAMAMU MELALUI NIKMAT ILMU YANG TELAH KAU KURNIKAN MELALUI PENGORBANANNYA...AKU AKAN TERUS BERJUANG SEHINGGA NAFASKU YANG TERAKHIR....KURNIAKANLAH KEKUATAN PADAKU YA ALLAH...

setiap kali aku menyampaikan ilmu kepada mad’u, aku sentiasa memohon agar Allah menjaga arwah ayah dengan sebaik mungkin dan jadikanlah diriku ini anak yang soleh yang memberi kesan kepadanya di alam sana... ayah telah kembali ke rahmatullah pada 12.3.2008, yang pada ketika itu sudah berusia 65 tahun. Nasihat-nasihatnya sentiasa terngiang2 di telingaku dan sentiasa menjadi peganganku untuk teruskan perjuangan hidup ini....Antara kalimah-kalimah keramat yang selalu diingatkan padaku:
WAHAI ANAKKU JO...JAGA LAH SOLATMU....JAGALAH HUBUNGANMU DENGAN ALLAH SEBAIK MUNGKIN...JANGAN LUPA HIASI JIWAMU DENGAN AL-QURAN...JO KALU MU JAGA ALLAH MU AKAN SENTIASA DIJAGA ALLAH....DIMANA SAHAJA MU DUDUK MU KENE JAGA ALLAH BAIK2...PEGANGLAH KATA-KATA AYOH NI...kata-kata ini akanku semat dijiwaku sampai bila-bila.

Ayahku dikenali sebagai ulama di kampung dan terkenal sebagai orang alim yang mudah dimakbulkan doanya. aku selalu ingat akan pengalaman zaman kecilku yang terlalu nakal sehinggakan semua orang kampung dan warga sekolahku kenal dgn kerenah kenakalanku itu...tetapi ayah selalu berkata "wahai orang2 yang mengeji dan mengutuk JOE ini....satu hari nanti kalian akan tengok dan saksikan apa yang budak ini akan jadi....InsyaALLAH budak ini akan jadi seorang yang tidak pernah kalian jangkakan....masa dan ketika akan menentukan....diizinkan Allah sama-sama kita tempuhinya."
masa tu aku sentiasa bertanya pada diriku kenapa ayahku boleh berkata sebegitu sedangkan aku ni merupakan insan yang tiada harga diri sedikitpun sehingga aku sentiasa dihina orang...antara kejian yg selalu aku terima semasa kecil seperti: JO ENGKAU NI BODOH!!!SEDARLAH DIRI SKIT! JO ENGKAU NI PENCURI!!!JO ENGKAU NI GANSTER!!!JO ENGKAU NI MISKIN!!!!JO ENGKAU NI JENIS YANG MAKAN BYK!!!JO ENGKAU NI TAK TAHU MALU!!!istilah2 tersebut menjadi habuanku sewaktu ku kecil tetapi ayah sentiasa mendidikku menjadi insan yang di sebalik tingkahlaku itu..
ada satu ketika dulu aku dihalau dari mendapat sedikit makanan bersama adikku edi..masa tu aku menangis teresak2 rasa malu dan hina...ayahku selalu nasihatkanku jadilah orang yang berguna dan orang yang ada harga diri...akan ku pegang kata-kata itu...ayah selalu juga memarahiku...namun ayah sentiasa memujukku setelah aku dimarahinya...walaupun ku tahu ayahku tersangat marah padaku tetapi ayah akan sentiasa pastikanku tidak berdendam dengannya...tidak boleh dinafikan aku selalu buat ayahku marah dan selalu dipukul...tetapi setelah ku meningkat usia baru ku merasai nikmat di sebalik tindakan ayahku itu...aku amat bersyukur diperlakukan sebegitu oleh ayah..

Ketika aku bersekolah rendah dan menengah, aku sangat terkenal dengan kehebatan dalam bidang sukan dan hebat bergusti (gedebe)...aku suka sgt2 main bola sepak dan semua jenis sukan di sekolah, boleh kata aku memang pakar lah...he2.., aku pelari yang ke 2 terpantas di sekolah dan sebut sahaja namaku tersenarai dalam mana2 pasukan bola sepak yg mengimportku nescaya pasukan-pasukan lain sudah mengagak apa yang pasukan mereka akan alami...he2...bala tentera mereka memang sukar untuk menandingi pasukanku sekiranya aku tersenarai dalam pasukan...he2...apa2pun aku memang agak sukar untuk mewakili pasukan sebab tu la kalau aku dapat wakili pasukan mereka teramat bersyukur...he2..aku sebenarnya terpilih juga dalam pemilihan untuk mewakili negeri yang sudah lama ku mengimpikan....tetapi dalam bidang sukan ini ayah sangat2 berpantang...ayah sangat tak bagi ku untuk bermain bola sepak ni...mungkin hatinya dah tahu kot kalau aku tak dihalang bermain bola nanti besar kelak tak jadi macam sekarang la kot...he2..bersyukur sangat la ayah aku halang aku main bola ni,kalau tak ramai la insane-insan malang akan menyesal bersemuka denganku....he2...ayah paling tidak suka aku pakai seluar pendek dan entah la sebut je aku nak main bola sepak tentu ayahku akan meradang...karenahku dengan adikku edi semasa nak main bola sepak dulu macam semangat Toriq mengatur strategi dan membina semangat untuk menawan kota Sepanyol plak....he2...manis betullah kenangan tu...bayangkan semata-mata nak pegi main bola aku dan adikku edi terpaksa merenangi sungai2 kat kampung...meredah hutan ....meredah sawah...dan melompat parit semata-mata nak main bola...hebat2...he2...setiap kali main bola balik sudah tentu ayahku sudah sediakan santapan rotan atau pelepah kelapa yang sangat2 sedap....he2...x dapat bayangkanlah...he2...orang kampong terkenal dengan istilah TOK JANGGUT pada ayahku...dan mereka sudah tahu apa habuanku sekiranya aku teruskan main bola tapi yang specialnya mereka selalu bg semangat kat kami adik beradik...he2...perjungan tu...hu2...jihad lagi tu katanye...he2...dalam bab gusti (gedebe) pula walaupun aku tidak pernah belajar ilmu mempertahan diri tetapi entah kenapa Allah memberi pengalaman buatku menjadi insan yang sangat digeruni lawan, sekiranya disebut namaku disekolah dan kampong memang terkenal dengan kehebatan itu...aku tidak pernah mengenal erti takut...aku pernah berlawan dengan musuhku dengan jumlah yang ramai tapi aku tidak sedikitpun gentar dan lari sehingga jumlah yang ramai tu semuanya tewas padaku...aku di angkat nama dengan pujian2 oleh golongan2 nakal yang sukakan pengiktirafan itu....mungkin hasil pengalaman itu juga aku tersangat arif dalam mengendalikan budak-budak nakal pada ketika ini...YA ALLLAH ENGAKAU MAHA AGONG LAGI MAHA PEMURAH ...AKU TERSANGAT BERSYUKUR PADAMU KERANA KU DIBERI HIDAYAH OLEHMU YA ALLAH!!!!Sedarlah wahai anak bangsaku tiada yang lebih beruntung dari yang paling untung iaitu orang2 yang istimewa diberi hidayah olehNYA...MOHONLAH PETUNJUK DARINYA WAHAI ANAK BANGSAKU!!!!!!Aku nak bagitu sangat pada dunia bahawa insan-insan sepertiku pada usia kecil sehingga dewasa ini bukannya sudah gelap masa depannya. Walaupun kenakalannya yang terlalu kronik tetapi situasi ini diperlukan sangat sifat jangan berputus asa dalam mendidik yang menjadi kekuatan dalam mengecapi hidayah ALLAH...didiklah anak2 kalian dan pelajar-pelajar kalian dengan didikan agama yang sucukupnya insyaALLAH masa dan ketika akan menentukan hidayah tu akan meresap dalam jiwa-jiwa mereka yang dipilihNYA...

Teringat kembali setiap kali ayahku keluar untuk mencari rezeki dengan menghadiri jemputan2 solah hajat, solat jenazah, mengubat insan-insan yang sakit rohani, nescaya perkara yang selalu dia buat ialah membeli roti kegemaranku....roti menjadi makanan idamanku sewaktu ku kecil lagi...setiap ahli keluargaku sudah tahu kalau bab roti JOE lah juaranya...he2... setiap kali habuan ku dapat dia tak lekang ingatkanku supaya jangan tinggalkan solat dan pastikan ingat balik ayat2 Al-Quran yang diajarnya kat surau setiap hari..sebab tu wahai kaum-kaum bapa dikalangan umat Islam dipesan oleh ALLAH supaya menjaga diri dan ahli keluarganya daripada api neraka. "Ya aiyuhal lazi na aamanu ku anfusakum wa ahlikum naaro".
Itulah tanggungjawab besar seorang bapa dalam Islam. Memastikan keluarganya selamat dunia akhirat. Dan tanggungjawab besar adalah menyemai dan menjaga keimanan anak-anak-jangan sekali-kali mensyirikkan ALLAH. Aku cadangkan kepada para bapa yang ada diluar sana supaya membaca surah Al Luqman. Disana terdapat banyak pengajaran yang boleh kita ambil untuk panduan mengenalpasti tanggungjawab kita sebagai bapa.

Aku selalu ingat pesanan Allahyarham ayahku supaya dalam keadaan apa pun solat jangan tinggal. Biarlah sibuk macam mane pun jage solat, dan kalau boleh biar solat berjemaah.Aku di didik untuk bersolat jemaah dan aku juga di didik untuk membaca khutbah serta menjadi iman dalam solat2 tertentu terutama solat tarawih sebab tu juga la pada ketika ini syukur sgt2 aku diberi kekuatan oleh Allah untuk boleh berpidato dan berceramah dalam apa jua tajuk dengan baik dan mampu untuk jadi imam dan mengepalai majlis tahlil dengan tenang..Aku selalu tengok ayahku tidak pernah tinggal solat-solat sunat ba’diah , kobliah,Qiamullail,Dhuha, dan puasanya 3 bulan penuh iaitu Rejab,Syaaban dan Ramadhan disamping puasa 6 pada bulan syawal.dan bulan-bulan yang disunatkan puasa juga ayahku selalu puasa.YA ALLAH BETUL2 KUAT DAN MULIA AYAHKU INI DALAM MENDEKATKAN DIRI PADAMU,ENGKAU KURNIAKANLAH KEBAIKAN BUATNYA DI ALAM KUBUR DAN ALAM AKHIRAT YA ALLAH.

Aku yakin sesiapa juga yang kini bergelar anak menjadi impian dia mendapat ayah yang beriman lagi soleh. Ayah pula Sejuk hati kalau melihat anak kandung tunduk sujud kepada ALLAH. Aku tersangat impikan anak2ku menjadi anak yang soleh lagi beriman sampai akhir hayatnya.Aku selalu memohon agar aku mengecapinya.Teramat bahagia mempunyai anak yang soleh lagi beriman
INGATLAH WAHAI ANAK-ANAK DI MUKA BUMI INI DENGAN PESANAN ALLAH DALAM SURAH AL ISRA’ INI.:
"Dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibubapa mu. Jika salah seorang dari keduanya atau keduanya sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada keduanya sekalipun dengan perkataan 'ah' dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu kepada kedua ibubapamu kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah "wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka mengasihani kami semasa kecil".
Begitulah Islam mengajar kita memuliakan dan mendoakan kedua ibubapa kita.

Mengapa ALLAH meminta kita mendoakan mereka dikasihani sebagaimana mereka mengasihani kita semasa kecil? jawapannya antara lain adalah kerana diwaktu kita kecil, kasih sayang ibubapa kepada kita tiada batasnya.
Baru-baru ni kita pernah mendengar kisah seorang bapa yang sanggup mati lemas kerana menyelamatkan anak kesayangannya yang sedang kelemasan.
Aku juga sama menyayangi anakku melebihi kasih pada diriku sendiri, NIK MUHAMMAD ARHAM DAN NIK MOHAMMAD AFIQ ayah tersangat2 sayang kamu berdua, jadilah kamu anak yang sentiasa menjaga ALLAH,, AYAH AKAN SELALU DOAKAN KAMU AGAR KAMU MAMPU MENJAGA AGAMA ALLAH,SAYANGILAH ALLAH MELEBIHI DARI SEGALA2 ISI DI DUNIA INI WAHAI ANAKKU,PEGANGLAH KATA2 AYAH INI

Sebenarnya banyak kisah yang boleh dipaparkan tentang ibubapa yang sanggup berkorban harta malahan nyawa demi rasa kasih dan kasihan kepada anak kecilnya.
Begitulah ALLAH mengajar kita supaya mendoakan semoga ALLAH mengasihani kedua ibubapa kita sebagaimana kita dikasihani mereka semasa kecil. Dan kita digalakkan mendoakan mereka sekurang-kurangnya lima kali sehari setiap kali selesai solat fardhu.
Malahan Rasulullah mengajar kita bahawa tiada yang turut serta dengan seseorang ibubapa ke alam barzakh kecuali anak yang soleh & solehah yang mendoakan dia, selain ilmu beliau yang dimenafaatkan orang dan amal jariah yang disumbangkan. Kita juga diajar supaya meneruskan hubungan silaturrohmi dengan rakan dan sahabat arwah ibubapa kita, dan ini akan membantu mereka di alam akhirat. Kita juga disuruh memperbanyakkan sedekah dan sumbangan atas nama arwah ibubapa kita.

Yang terakhir aku nak bagi ingatan untukku dan semua kaum2 ibu dan kaum2 bapa serta warga pendidik...anda semua jangan sedikitpun merintih sekiranya anda mempunyai anak –anak yang nakal dan pelajar-pelajar yang nakal...anda jangan sedikitpun sematkan dalam diri dan hati anda sifat putus asa,sifat dendam,sifat benci dalam mendidik anak-anak dan pelajar-pelajar nakal ini...anda didiklah mereka dengan penuh keikhlasan...setiap kali solat anda doalah pada Allah agar diberi hidayah buat anak2 yang dikatakan nakal ini...yakinlah pada Allah kalau kita didik mereka dengan penuh keikhlasan berlandaskan didikan ISLAM insyaALLAH kita mampu mengecapi kepuasannya sewaktu mereka besar nanti.INGAT KATA-KATA INI : KITA PERLU SELALU JAGA DAN SAYANG ALLAH MELEBIHI DARI SEGALA2NYA INSYAALLAH KITA AKAN KECAPI SESUATU YANG SUKAR UNTUK KITA JANGKAKAN.....YAKINLAH PADA ALLAH
.

No comments:

Post a Comment