Wednesday, February 17, 2010

RAHSIA REZEKI YANG BERKAT



Assalamualaikum

Hari ini aku nak berkongsi pula berkaitan pengalamanku dalam mengecapi nikmat rezeki...Aku teramat bersyukur dengan nikmat islam dan iman yang di anugerahkan oleh ALLAH padaku..nikmat inilah yang aku akan genggam dalam jiwaku sampaiku menghembuskan nafasku yang terakhir...aku selau berdoa agar Allah sentiasa menjaga iman dan islamku sehingga ku mampu menewaskan musuh2nya terutama syaitan laknatullah dan nafsu2 yang yang jahat...Ku fikirkan hidup ini penuh dengan pancaroba...dengan nikmat rezeki ini aku merasakan diri ini teramat bertuah kerana seringkali dikurniakan ALLAH dengan keadaan selesa dan baik walaupun dengan penuh cabaran jua...
Aku memang mempunyai pengalaman yang banyak...pada kali ini aku nak berkongsi pengalaman dalam soal rezeki dulu....lain kali aku berkongsi dalam hal-hal lain plak...bab rezeki ni aku memang pernah mengecapi zaman kaya dan zaman miskin...kayapun maksudnya ku dapat apa yang ku rasa ku nak dapat la...bukannya kaya raya macam Tan Sri Robert Kuok (Raja Gula) – yang mempunyai harta sebanyak RM42.76 bilion dan juga insan melayu paling kaya Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary (Yayasan Albukhary) – yang mempunyai harta sebanyak RM6.01 bilion...banyak sangat hartapun tapi tak bahagia nak buat apa kan...aku lebih senang dan bahagian kalau aku hidup sederhana dan memiliki semua yang berkaitan keperluan dan mengecapinya dengan penuh ketenangan...
Waktu ku belajar dulu....memang x boleh dinafikan aku hidup dengan banyak berdikari berbanding bergantung pada keluarga...aku belajarpun sama juga...rezeki yang aku dapatpun rasanya sangat2 berharga...kalau nak diikutkan perbelanjaan aku yang ditanggung keluarga memang x cukuplah...apa2pun aku tetap bersyukur kerana Allah banyak bagi aku jalan untuk aku mencari rezeki...waktu ku belajar dulu antara punca-punca rezeki yang selalu ku perolehi adalah dengan sedekah orang dengan jemputan-jemputan solat hajat..solat jenazah..majlis doa selamat dan juga masa orang-orang nak minta tolong sesuatu...aku juga bersyukur disebabkan sifat aku yang suka menolong ni, ramai jiran-jiran kat rumah sewa ku dulu selalu menolong....seringkali mereka akan menghantar makanan kat rumah sewaku... terima kasih banyak abg Amran, adik balkis , cikgu2 yang selalu membantu ...diantara rumah sewa yang paling mewah makanan adalah rumah sewakulah...he2...fikir2kan balik mungkinlah berkat yang ALLAH bagi la...ku tengok rakan2 dan adik2 di rumah sewaku semuanya selalu jaga ALLAH terutama jaga solat dan jaga hubungan...sebab tu la kot rezeki yang kitaorang dapat selalu melimpah ruah...kita orang juga selalu memastikan setiap hari bacaan Al Quran bekumandang di rumah disamping mendengan tazkirah-ku yang kadang2 menjadi celoteh tu...he2..maaf la adik2 ku semua...abg jo mu ni sedia maalum lah kalu bab tazkirah dan celoteh ni dan dah cara hidup dah...he2..
Kalau kat rumah pula untuk mencari rezeki menampung keluarga, aku selalu jual kuih..aku bangun seawal pukul 4 pagi,bersihkan diri dan mula buat kuih sebelum bertolak ke sekolah...kenangan buat kuih ni manis la...setiap hari ku akan dapat mengecapi keuntungan dalam RM10 je..apa2pun keuntungan tu aku simpan untuk aku belanja belajar dan bagi kat keluarga buat belanja...kuih kegemaran aku yang selalu aku masak ialah cek mek molek dan jemput2...he2...seronok betul la mengenangkan pengalaman tu...aku rasa semua orang kampong aku dah rasa la air tangan ku ini maalumlah kuih aku tu boleh kata semua kedai kat kampong aku akan letaknya...he2...
Sebenarnya kehidupan susahku banyk mematangkan diriku...penat lelah yang ku tanggung itu sangt manis untuk ku kenangkan...kadang2 perasaan sedih juga aku rasai...apa2pun perasaan tersebut menjadi kekuatn padaku untuk terus berjuang bagi mencapi sebuah kejayaan...aku fikirkan aku ramai adik2 dan aku perlu tolong adik2ku sebab tu lah aku perlu kuat untuk berdikari...bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah...bagi ku kalau kita berazam untuk kuat dan membina kekuatan untuk Berjaya dengan bersungguh-sungguh serta melaksanakna azam tersebut dengan bersungguh2 InsyaALLAH kita akan Berjaya...sifat putus asa aku sentiasa buang ketepi...aku tahu aku selalu juga gagal tetapi aku jadikan kegagalan itu sebagai inspirasi dan pengajaran yang sangat berguna untukku terus maju dan Berjaya...pencayalah kejayaan ku sekarang bukan semudah ucapan yang berkata-kata tetapi penuh dengan raujau yang berduri...kalau diikutkan kalau aku tak tahan dengan raujau itu tentu aku dan jauh terpesong dan gagal dalam hidupku...alangkah bersyukurnya aku dipilih oleh ALLAH menjadi insane yang diberi hidayah dan petunjuk serta kekuatan untk kuterus berjuang sehingga ketahap ini....
Disini nak berkongsi ilmu supaya kita dapat mengecapinya bersama. Amalan murah rezeki yang mujarab sebenarnya banyak tapi aku nak berkongsi apa yangv aku ada je la melalui yang aku dapat dari ayahku dan juga ulama2 yang pernah aku jumpa. Antara amalan2nya ialah
1) Selalukan diri dengan solat jemaah
2) Selalukan diri melaksanakan solat sunat dhuha
3) Selalukan diri melaksanakan solat sunat witir
4) Banyakkan amalan sedekah jariah
5) Banyakkan baca Al-Quran,antara surah2 yang selalu ayahku ajar untuk murah reseki ialah. Surah Ar-Rahman,Surah Waqiah,Surah Mulk dan Surah Yasin
Aku juga di nasihatkan jangan kejar kebendaan jawatan ataupun pangkat. Setiap kerja yang dilakukan perlu disusuli dengan niat yang ikhlas. Jadikan sesuatu kerja yang kita buat itu sebagai ibadah mudah-mudahan Allah selalu bagi kekuatan kepada kita untuk terus rajin bekerja dengan penuh berkualiti. Aku selalu dengar nasihat-nasihat ulama iaitu JANGAN BIARKAN DIRI KITA MENGEJAR DUNIA SEMATA-MATA,KITA BERUSAHALAH DENGAN SEIKHLAS HATI SUPAYA DUNIA MENGEJAR KITA. KEJARLAH AKHIRAT DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH AGAR KITA DIPANDANG MULIA DUNIA MAHUPUN AKHIRAT NESCAYA KEMANISAN DUNIA DAN AKHIRAT ALLAH AKAN BAGI UNTUK KITA KECAPINYA.BERUSAHA, BERDOA, BERTAWAKKAL DAN BERSYUKUR PENCETUS SEBUAH KEJAYAAN YANG GEMILANG.

No comments:

Post a Comment